suria

Tiga Kereta Lamborghini Terbakar Dalam Kemalangan

Keadaan tiga kereta Lamborghini yang terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 arah utara Lebuh Raya Utara Selatan dekat Seremban.

SEREMBAN: Tiga kereta Lamborghini terbakar dalam kemalangan pada Jumaat di Kilometer 259 arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini.

Difahamkan ketiga-tiga kereta berkenaan adalah milik rakyat Singapura yang berada dalam konvoi lima kenderaan tersebut ke Kuala Lumpur.

Salah satu kereta itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di tengah lebuh raya menyebabkan dua lagi kereta berlanggar dalam kemalangan pada kira-kira pukul 9.57 pagi.

Nahas itu menyebabkan kesemua tiga kereta berkenaan terbakar.

Sumber daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, tidak ada yang cedera dalam kemalangan itu kerana semua pemandu dan penumpang berjaya menyelamatkan diri keluar dari kereta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain