suria

Kerajaan Sedia Timbang Bantuan Khas Kepada Mangsa Banjir - Najib

MESRA…Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengendong bayi berusia 21 hari Nurul Hana Mohd Hazdli sambil diperhati oleh ibunya Intan Norsuaidah Abdul Halim (dua, kiri) ketika melawat Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah dekat Pekan, Khamis. Beliau dan isteri meluangkan masa melawat tiga pusat pemindahan banjir iaitu dua di Pekan dan satu di Rompin bagi mengetahui perkembangan terkini banjir di Pahang. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Kerajaan sedia menimbangkan bantuan khas kepada mereka yang ditimpa musibah banjir yang melanda beberapa negeri pantai timur ketika ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita akan timbang apa yang patut selepas ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan yang dilanda banjir di Pahang Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan bersedia memberi bantuan khas kepada mangsa banjir sepertimana yang pernah dilakukan sebelum ini.

Terdahulu perdana menteri menaiki helikopter meninjau kawasan yang dilanda banjir di Pahang.

Beliau turut singgah di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah Pekan, Sekolah Kebangsaan Sungai Miang, Pekan dan Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri di Rompin.

Ditanya tentang masalah bantuan yang dilaporkan lewat dan tidak mencukupi di pusat-pusat pemindahan banjir, Najib berkata masalah logistik melibatkan jalan utama terputus selain kawasan banjir yang luas, merupakan penyebab utama masalah itu.

Bagaimanapun perdana menteri berkata ketika ini semua bentuk bantuan di pusat-pusat pemindahan terlibat berjalan dengan lancar.

"Dalam lawatan saya hari ini (di pusat pemindahan terbabit), saya berpuas hati bahawa segala urusan membantu mangsa-mangsa banjir itu berjalan dengan baik, dan mereka telah mendapat layanan yang boleh dikatakan memuaskan daripada semua pihak termasuk daripada kerajan negeri, pejabat daerah dan agensi kerajaan yang lain," kata Najib.

Mengulas tentang masalah jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tidak mempunyai stok bekalan makanan kerana terikat dengan peraturan Jabatan Audit Negara, Najib berkata:

"Kita beri pengecualian (untuk tidak terikat dengan peraturan itu) sebab emergency, dalam keadaan darurat, perlu membeli makanan dengan segera," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob semalam bahawa JKM dan jabatan kerajaan berkaitan tidak mempunyai stok bekalan makanan dan perlu membeli makanan di kedai terlebih dahulu untuk dihantar ke pusat pemindahan kerana terikat dengan peraturan ketat Jabatan Audit Negara.

Perdana menteri berkata masalah penghantaran bantuan bekalan makanan dan keperluan asas pada peringkat awal diakui menghadapi masalah disebabkan perkara-perkara berkenaan.

"Pada peringkat awal agak ada sedikit masalah, (dan) kekurangan, (tapi) hari ini sudah lebih selesa," katanya.

"(Sebelum ini) Sumber kita agak terbatas, masalah jalan utama terputus, kita tak boleh guna kenderaan biasa, kenderaan tiga tan pun tak lepas (ke pusat pemindahan), perlu kenderaan lebih besar, (ini) satu pengajaran dari banjir, mesti ada kenderaan (yang) lebih besar (dalam operasi) menangani banjir," kata Najib.

Ditanya berkenaan bandar Kuantan yang lumpuh dua hari lepas berikutan sistem perparitan dan saliran yang dilihat tidak berkesan, perdana menteri berkata hujan lebat luar biasa antara penyebab berlakunya banjir buruk di bandar Kuantan.

"Sistem (perparitan dan saliran) berjalan, tapi belum berjalan mengikut program, ditambah pula dengan hujan luar biasa, tiga hari berturut-turut, volume air begitu besar," katanya.

Perdana menteri turut meminta orang ramai sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga berikutan pelbagai ramalan akan berlaku gelombang kedua banjir selepas ini.

"Ikut panduan dan dengar isyarat dan panduan yang diberikan Jawatankuasa Banjir Peringkat Negeri yang dipengerusikan menteri besar, apa apa patuhi arahan (pihak berkuasa)," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain