Khairy Menang Cabaran 100 Meter Di Tiger Run - Semasa | mStar

Khairy Menang Cabaran 100 Meter Di Tiger Run

Aksi Khairy bersaing dengan Dr Melvin (kanan) ketika mengambil bahagian dalam acara larian 100 meter pada Program Larian 'Maybank Wild Tiger Run'.
Aksi Khairy bersaing dengan Dr Melvin (kanan) ketika mengambil bahagian dalam acara larian 100 meter pada Program Larian 'Maybank Wild Tiger Run'.

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menewaskan Pengarah Program Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) Malaysia, Dr Melvin Gumal dalam acara larian 100 meter sebelum perasmian program Larian 'Maybank Wild Tiger Run'.

Tiba di Taman Rekreasi Bukit Jalil pada pagi Sabtu, Khairy yang turut memakai jersi skuad bola sepak kebangsaan menyahut cabaran Gumal di laman Twitter pada Rabu.

Khairy memberi peluang kepada Gumal untuk mendahuluinya sebelum memintas beliau apabila berlari semula ke garisan penamat.

Bagaimanapun, pertandingan itu kelihatan sengit sehingga Gumal tiba-tiba mengalami kecederaan hamstring dan memberi ruang kepada Khairy untuk memenangi cabaran tersebut.

Mereka menerima sorakan daripada para peserta yang setia menunggu Khairy untuk merasmikan acara larian 10km dan 3km itu.

Mengulas mengenai cabaran di Twitter itu, Khairy berkata ia adalah sumbangan peribadi ke arah meningkatkan kesedaran terhadap nasib Harimau Malaya.

Artikel Sebelum

Kereta Adun Ayer Keroh Disimbah Cat Merah

Artikel Berikut

Lelaki Maut Ditetak Empat Lelaki Di Ipoh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain