suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nombor pendaftaran pelik, rupanya huruf depan ditutup pelekat hitam! Taktik pemilik kereta asing isi RON95 terbongkar

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

RAKYAT Malaysia meluahkan rasa kurang senang apabila seorang lelaki yang dipercayai memandu kereta bernombor pendaftaran Singapura dirakam sedang mengisi minyak bersubsidi RON95.

Lebih menambah rasa marah, pemandu itu dipercayai menggunakan pita pelekat berwarna hitam untuk menutup abjad depan nombor pendaftaran keretanya.

Taktik licik itu menyebabkan nombor pendaftarannya kelihatan mirip seperti sebuah kereta yang didaftarkan di negara ini.

Ketika ditanya oleh orang awam, pemandu Volkswagen berwarna putih itu mendakwa dia merupakan seorang warganegara Malaysia.

Malah, seorang wanita, dipercayai pasangannya turut keluar dari kenderaan untuk mempertahankan pemandu lelaki itu.

Wanita itu juga mendakwa dia mempunyai MyKad, namun gagal menunjukkannya apabila diminta.

Individu yang membuat teguran itu cuba untuk membuka pita pelekat pada kenderaan berkenaan, namun dihalang.

Kedua-dua individu itu kemudiannya terus beredar dari stesen minyak berkenaan.

Video tular itu dihujani dengan pelbagai komen yang rata-ratanya marah dan menggesa pengkuatkuasaan yang lebih tegas pada masa akan datang,

"Tak pasti mereka ada MyKad ke tak. Tapi ikut peraturan, kereta plat asing tetap tak boleh isi RON95 walaupun (pemandu) wargangera Malaysia.

"Yang aku pelik, staf pam minyak tak perasan. Kadang staf pun tak pantau.

"Respect sebab tak semua orang berani nak tegur macam abang ni buat," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain