suria

[V] “Baba, Joja nak mama” - Permintaan anak kecil di pusara ibu undang sayu, hanya batu nisan pelepas rindu

Video seorang kanak-kanak menziarahi kubur ibunya tular di TikTok.

VIDEO seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menziarahi pusara ibunya meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok.

Menerusi video [Tonton Video] yang dikongsi bapanya, MK Faiz, kanak-kanak yang dikenali sebagai Joja itu dilihat cukup sedih dengan pemergian ibunya.

"Baba, Joja nak mama. Tapi mama masuk syurga," ujar kanak-kanak itu sambil memegang batu nisan.

Pada penghujung video, kanak-kanak itu dilihat menyandarkan kepalanya pada batu nisan sambil menitipkan ucapan ‘I love Mama.’

Menjawab soalan netizen di ruangan komen, MK Faiz berkata isterinya iaitu Nur Saidatul Akhmal meninggal dunia akibat kanser usus.  

Hingga kini video yang dimuat naik pada Jumaat itu menerima lebih 600,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

"Allah. Tak kuat saya tengok anak kecil ni merengek nak mama. Semoga awak kuat ya.

"Pedihnya dik. Semoga syurga tertinggi buat mama Joja.

"Sebaknya. Saya dapat rasakan kerinduan anak kecil ini," tulis netizen.

Artikel Lain