(Dari kiri) Lim Ah Chai, Wong Lai Peng, Kenny Yong, Lim Chou Bu, Loh Teck Wah, Datuk Lim Choon Se dan Lim Ah Chuan ketika acara perasmian pembukaan NSK Grocer pada Sabtu.
PEMBUKAAN cawangan ke-9 NSK Grocer (KL) Sdn Bhd di 1 Shamelin Mall pada Sabtu menarik perhatian ramai apabila pengunjung dilihat mula membanjiri di hadapan pintu masuk seawal pukul 8 pagi.Mereka yang hadir beratur dengan penuh keterujaan demi merebut peluang mendapatkan seekor ayam pada harga RM1 yang disediakan khas kepada 500 pelanggan terawal pada hari pertama pembukaan. Majlis perasmian kira-kira pukul pukul 9.45 pagi itu disempurnakan oleh barisan kepimpinan utama Kumpulan NSK dan pengurusan 1 Shamelin Mall dan diserikan dengan persembahan tarian singa.Antara yang hadir ialah Pengarah Kumpulan NSK, Lim Ah Chai; Pengerusi Kumpulan NSK, Lim Chou Bu; Pengarah Eksekutif NSK Grocer, Loh Teck Wah; Penasihat Kanan Kumpulan NSK, Datuk Lim Choon Se; Pengarah Kumpulan NSK, Lim Ah Chuan; Pengurus Besar 1 Shamelin Mall, Wong Lai Peng serta Pengarah Eksekutif 1 Shamelin Mall, Kenny Yong.Pengunjung mula beratur sejak awal pagi sempena pembukaan NSK Grocer pada Sabtu.Sambutan pembukaan dan promosiPengarah Eksekutif NSK Grocer, Loh Teck Wah berkata, sambutan pada hari pembukaan amat memberangsangkan dan beliau berasa gembira serta berpuas hati melihat sokongan daripada orang ramai.Kata Loh, NSK Grocer yang dikenali sebagai pasar raya yang menawarkan produk berkualiti premium pada harga berpatutan itu menyasarkan untuk memberi kemudahan membeli-belah kepada komuniti setempat di sekitar Cheras dan kawasan berhampiran."NSK Grocer menyediakan rangkaian produk yang komprehensif dan segar bagi memastikan pelanggan boleh mendapatkan hampir semua keperluan mereka. Kami mahu memberikan pengalaman membeli-belah yang mudah dan selesa kerana kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.Loh Teck Wah (dua, kiri) bersama pelanggan yang membeli belah sempena hari pembukaan."Selain menawarkan seekor ayam dengan harga RM1 pada hari ini (Sabtu), kami juga sediakan promosi beras lima kilogram pada harga RM1 kepada pelanggan yang mendaftar sebagai ahli baharu dengan yuran RM10 setahun."Kami menyediakan pelbagai keperluan dalam satu stor yang sangat memudahkan seisi keluarga. Bagi pengunjung yang membeli-belah di NSK Grocer, 1 Shamelin Mall turut menyediakan kemudahan parkir percuma untuk satu jam pertama," katanya.Sempena pembukaan outlet kesembilan ini, NSK Grocer turut menawarkan tawaran RM1 Rush Hour Deals, pengalaman merasa sampel percuma menerusi Taste & Treasure serta diskaun eksklusif bagi pelbagai jenis produk yang tertakluk kepada terma dan syarat.Pelanggan turut berpeluang merasai sampel secara percuma menerusi Taste & Treasure.Mengulas tentang perancangan promosi musim perayaan, Loh berkata, NSK Grocer turut merancang tawaran menarik sempena Tahun Baharu Cina walaupun tahun 2026 dianggap istimewa kerana hari ketiga perayaan itu dijangka sudah memasuki bulan Ramadan.1 Shamelin Mall merupakan pusat beli-belah kejiranan yang menawarkan pelbagai kemudahan runcit, sukan, hiburan dan perkhidmatan keperluan harian dalam satu bangunan.Ia merangkumi keluasan lebih satu juta kaki persegi dengan lebih 1,000 kedai, selain memberi perkhidmatan kepada kawasan perumahan dengan kepadatan tinggi dan kawasan industri rendah yang terletak kira-kira 10 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur.Antara pengunjung yang hadir sejak awal pagi untuk membeli belah di NSK Gorcer pada hari pertama pembukaan.Cawangan baharu NSK Grocer ini dijangka menjadi pilihan utama keluarga, pengguna komuter dan profesional yang bekerja di sekitar Shamelin, Maluri, Cheras serta Ampang dengan akses mudah melalui pengangkutan awam, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Lebuhraya Sungai Besi.NSK Grocer di 1 Shamelin Mall menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit tempatan dan import, sayur-sayuran segar, buah-buahan, daging, ayam serta keperluan isi rumah pada harga berpatutan.Ini sekali gus mengukuhkan kedudukan pusat beli-belah itu sebagai one-stop destination atau destinasi sehenti untuk kemudahan membeli-belah harian tanpa perlu berkunjung dari satu kedai ke kedai yang lain.Cawangan ini beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.NSK Grocer 1 Shamelin Mall menawarkan barangan runcit tempatan dan import, hasil segar serta keperluan isi rumah pada harga berpatutan.Mengenai NSK Grocer (KL) Sdn. Bhd.NSK Grocer (KL) Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat kepada Versatile Creative Berhad (VCB), sebuah syarikat pegangan pelaburan yang terlibat dalam peruncitan barangan runcit serta pembuatan dan perdagangan produk kotak pembungkusan berasaskan kertas, kotak bercetak ofset dan pembungkusan plastik.NSK Grocer adalah hasil kerjasama antara VCB dan NSK Trading Sdn. Bhd. menerusi Perjanjian Kerjasama yang dimeterai pada 2 Oktober 2020.Selain 1 Shamelin Mall, NSK Grocer turut mengendalikan lapan lagi cawangan di sekitar Lembah Klang iaitu:1. Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur (20 Disember 2021)2. Paragon Point, Taman Putra, Ampang (21 Julai 2022)3. 3 Damansara, SS20, Petaling Jaya (14 Januari 2023)4. Berjaya Times Square, Jalan Imbi, Kuala Lumpur (29 April 2023)5. The Summit USJ Shopping Mall, Subang Jaya (16 Disember 2023)6. Amcorp Mall, Petaling Jaya (3 Mac 2024)7. The Rivercity, Kuala Lumpur (18 Januari 2025)8. Amerin Mall, Sri Kembangan, Selangor (14 Jun 2025)NSK Grocer berharap dapat terus memperluaskan pengalaman membeli-belah kepada lebih ramai pengguna dengan menawarkan produk berkualiti pada harga mampu milik.