Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak dan isteri kini menerima rawatan di zon merah.
SEORANG penunggang motosikal maut manakala isteri dan bayinya mengalami kecederaan di kepala selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Simpang Renggam, Kluang, Johor pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, tiga beranak berkenaan sedang dalam perjalanan ke Taman Murni Jaya ketika kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam. Menurutnya, motosikal ditunggang lelaki berusia 28 tahun itu hilang kawalan selepas dikejar seekor anjing.“Dia memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori yang diparkir di bahu jalan.“Penunggang motosikal itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala."Isterinya yang berusia 28 tahun dan bayi mereka berusia setahun dikejarkan ke hospital,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.Tambahnya, kedua-dua mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.Pemandu lori berusia 42 tahun yang meletakkan kenderaan di bahu jalan didapati negatif dadah.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan secara melulu atau berbahaya. -The Star