PETALING JAYA: Pemilihan MIC bagi sayap Wanita dan Pemuda parti itu bakal menyaksikan saingan dua penjuru.
Exco Wanita MIC, Mohana Muniandy bakal menentang Setiausaha Agung, M. Vickneswari, selepas penyandang jawatan Datin Komala Krishna Moorthy, tidak bertanding untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan kali ini.
Bagi jawatan Ketua Pemuda juga bakal menyaksikan saingan satu lawan satu antara V. Mugilan dan C. Sivarraajh.
Keputusan calon yang layak bertanding diumumkan pada Jumaat sementara pemilihan sayap parti akan diadakan pada 16 November ini.
Keputusan pencalonan bagi jawatan timbalan dan naib presiden juga akan diumumkan pada hari yang sama.


