suria

Mahkamah Tolak Saman Peguam Terhadap Malay Mail

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, menolak saman difailkan seorang peguam terhadap Malay Mail Sdn Bhd dan bekas wartawannya berhubung sebuah artikel berkaitan perbicaraan kes di mahkamah.

Hakim Datin Yeoh Wee Siam memutuskan bahawa Malay Mail dan T.K. Letchumy Tamboo selaku defendan dalam saman itu tidak bertanggungjawab terhadap kenyataan fitnah itu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar perbicaraan penuh kes saman yang difailkan Datuk Mohamad Bustaman Abdullah tahun lepas.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Bustaman mendakwa defendan pada 27 Jun tahun lepas telah menulis dan menerbitkan sebuah artikel berhubung perbicaraan kes di mahkamah di dalam akhbar The Malay Mail dan laman webnya bertajuk 'Judge Walks Out As Question Turn Personal'.

Beliau mendakwa perkataan dalam artikel itu adalah fitnah, tidak benar dan telah menjejaskan reputasinya sebagai peguam cara.

Plaintif mendakwa beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai peguam cara dalam perbicaraan kes itu.

Defendan dalam penyataan pembelaan menyatakan artikel itu disiarkan berdasarkan perlindungan bersyarat, justifikasi dan kenyataan yang berpatutan. -BERNAMA

Artikel Lain