suria

Jessie Ooi Ingin Lakar Sejarah Jadi Ketua Pemuda MCA Selangor

Dari kiri: Lee Pit Chern dan Jessie Ooi.
Dari kiri: Lee Pit Chern dan Jessie Ooi.
Dari kiri: Lee Pit Chern dan Jessie Ooi.

KUALA LUMPUR: Jessie Ooi berharap untuk mencipta sejarah dalam MCA dengan menjadi wanita pertama memegang jawatan Ketua Pemuda MCA negeri.

Ini adalah pertama kali, sejak penubuhannya pada 1958, dimana sayap itu membuka peluang kepada golongan wanita bawah 40 tahun selepas pindaan perlembagaan parti tersebut dilakukan.

Ooi, 34, akan berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Chong Sin Woon (lelaki) untuk jawatan Ketua Pemuda MCA Selangor selepas pencalonan ditutup pukul 8 malam Isnin.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menang, ahli perniagaan dan ibu kepada tiga orang anak itu berkata: 'Saya rasa saya ada peluang."

Dalam perkembangan berasingan, enam Ketua Wanita MCA negeri, Datuk Lee Pit Chern (Negri Sembilan), Datuk Heng Seai Kie (Perak), Datuk Lim Nget Yoon (Pahang), Datuk Lim Bee Kau (Kedah), Lee Liew Loo (Kelantan) dan Wang Kim Lian (Perlis) - mengekalkan kerusi selepas menang tanpa bertanding.

Lee, 62, yang juga Ketua Wanita Negeri Sembilan sejak 1986, merupakan ketua yang paling lama mengekalkan jawatannya.

Pencalonan untuk Wanita dan Pemuda diadakan di seluruh negara antara pukul 4 petang dan 8 malam Isnin.

Pemilihan peringkat negeri untuk sayap Pemuda dan Wanita masing-masing akan diadakan pada Sabtu dan Ahad.

Di Johor, perebutan jawatan Ketua Wanita negeri itu akan menyaksikan persaingan antara seorang peguam Wong You Fong, 42, dan Yap Swee Hua, 44.

Yap berkata beliau berhasrat untuk bertanding selepas kembali dari China dua hari lalu.

Ramai menjangkakan Wong akan menang tanpa bertanding selepas beliau dilantik pemangku Ketua Wanita negeri itu menggantikan Tan Ah Eng yang meninggal dunia baru-baru ini.

Di Selangor, Ng Siok Hwa dan Ong Chong Swen akan bersaing merebut jawatan Ketua Wanita negeri itu.

Penyandang bagi jawatan pengerusi ketika ini, Chew Lee Giok, yang baru pulih daripada serangan strok baru-baru ini akan bertanding jawatan timbalan pengerusi.

Beliau turut dicabar Lim Ah Yew dalam persaingan satu lawan satu.

Di Kuala Lumpur, Ooi Saw Choo akan dicabar Chai Yat Chiew bagi merebut jawatan Ketua Wanita negeri itu.

Bagi jawatan Pemuda, perebutan di Perak menyaksikan Ting Tai Fook akan dicabar Liew Mun Hon manakala Tan Kok Eng dan Soo Jing Wey bersaing merebut jawatan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan.

Tan adalah anak kepada pemimpin veteran MCA, Datu Seri Tan Chai Ho.

Di Pahang, Leong Kim Soon yang juga bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai, menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda negeri itu.

Jawatan Ketua Pemuda Negeri Sembilan akan menyaksikan saingan tiga penjuru di antara Leaw Kok Chan, Tan Tiong Lai dan Lee Chun Fatt.

Di Pulau Pinang, penyandang Tan Cheng Liang dicabar Ooi Siew Kim untuk jawatan Ketua Wanita negeri itu.

Sementara itu, bagi jawatan Ketua Pemuda pula bakal menyaksikan persaingan di antara dua muka baharu, Ong Tan Chuan dan Lee Beng Seng kerana penyandang Tan Hing Teik memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya.

Artikel Lain