suria

Ahmad Sohaimi Harap Proses Mengundi Lancar

Calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) N20 Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim (kiri) dan isterinya Siti Bunga Ismail menunjukan kesan dakwat kekal selepas mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau di Sekolah Kebangsaan Dulang di Yan, Kedah, Isnin. -fotoBERNAMA

YAN: Calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim berharap proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini berlaku.

Menurut beliau, suasana hari mengundi yang aman boleh mendorong lebih ramai pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing memilih wakil rakyat mereka yang baharu.

"Saya harap suasana damai ini dapat dikekalkan hingga proses mengundi berakhir petang nanti.

"Selain itu saya menyeru supaya pengundi keluar mengundi awal bagi memastikan peratusan keluar mengundi meningkat," katanya ketika ditemui di pusat memgundi Sekolah Kebangsaan Dulang di sini, Isnin.

Sohaimi, 53, hadir berpakaian baju melayu biru untuk menunaikan tangggungjawabnya sebagai pengundi ditemani isterinya, Siti Bunga Ismail dan empat orang anaknya.

Pada PRK DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi berhadapan saingan satu lawan satu menentang calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat.

Kedua-dua mereka merupakan anak tempatan di DUN Sungai Limau.

Artikel Lain