suria

Tren Komuter KTM Tergelincir Berhampiran Stesen Rawang

Kakitangan KTMB sedang meninjau keadaan tren yang terkeluar dari landasan pada pagi Jumaat.
Kakitangan KTMB sedang meninjau keadaan tren yang terkeluar dari landasan pada pagi Jumaat.
Kakitangan KTMB sedang meninjau keadaan tren yang terkeluar dari landasan pada pagi Jumaat.

PETALING JAYA: Sebuah tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dikatakan tergelincir berhampiran stesen KTM Rawang, pagi Jumaat.

Sumber memberitahu The Star bahawa insiden itu berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi.

Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir mengesahkan insiden tersebut dan memberitahu beliau sedang dalam perjalanan ke stesen itu.

Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, tinjauan The Star mendapati gerabak pertama Electric Multiple Units (EMU) yang tergelincir, terkeluar daripada landasan.

Seorang penduduk di Rawang yang hanya ingin dikenali sebagai Fauzi, 24, berkata, tren itu tergelincir ketika cuba menukar landasan.

Katanya, tren itu tiba tepat pada masanya dari Tanjung Malim dan menuju ke stesen Rawang.

"Gerabak pertama tren itu terkeluar dari landasan tetapi dua lagi gerabak masih berada di atas landasan," katanya.

Fauzi berkata tren itu membawa kira-kira 50 penumpang ketika insiden itu berlaku tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Ketika ditanya mengenai penumpang dalam tren itu, beliau berkata mereka telah dipindahkan ke tren lain untuk meneruskan perjalanan masing-masing.

Kira-kira pukul 1.35 petang, pekerja KTMB mengasingkan dua gerabak itu daripada EMU dan menyambungkannya menggunakan sebuah lokomotif.

Lokomotif itu kemudian berjaya mengeluarkan dua gerabak tren itu daripada gerabak pertama yang tergelincir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain