suria

Suspek Kes Bunuh Ng Yuk Tim Dijangka Didakwa Hari Ini

Suspek kes bunuh Yuk Tim (baju putih).
Suspek kes bunuh Yuk Tim (baju putih).
Suspek kes bunuh Yuk Tim (baju putih).

PETALING JAYA: Rakan lelaki Ng Yuk Tim, 23, dijangka akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Khamis atas tuduhan membunuh remaja berkenaan.

Peguam yang mewakili suspek, Datuk Suraj Singh berkata anak guamnya dijangka akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Keluarga mangsa turut hadir di kompleks mahkamah.

Setakat ini belum pasti bila suspek akan tiba di mahkamah.

Pada 22 Oktober lalu, suspek mengaku kepada seorang pemerhati jenayah, Kuan Chee Hong bahawa dia cuba merogol mangsa dan apabila mangsa bertindak mengigit tangannya dia telah menghentak kepala mangsa dengan satu objek sekali gus membawa kepada kematian mangsa.

Lelaki itu memukul mangsa menggunakan 'dumbbell' dan menyebabkannya mati serta-merta.

Dilaporkan bahawa Yuk Tim meninggalkan rumah pada pukul 11 pagi 21 Oktober dan pergi ke rumah suspek di Kampung Cempaka di Kelana Jaya untuk membuat pakaian kostum bagi suatu majlis.

Pada awalnya lelaki terbabit mendakwa dia menghantar budak perempuan itu di stesen LRT Kelana Jaya pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Selepas membuat pengakuan tersebut suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Dia kemudiannya membawa polis menemui mayat yang dipercayai Yuk Tim, yang disumbat ke dalam beg pakaian dekat Kota Kemuning di Shah Alam pada kira-kira pukul 8.30 malam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain