suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

11 Ditahan Berhubung Pembunuhan Pegawai Bank

KUALA LUMPUR: Setakat ini seramai 11 orang sudah ditahan berhubung pembunuhan seorang pegawai bank wanita oleh pengawal keselamatan minggu lalu.

"Penahanan terbaru ke atas salah seorang daripada mereka dilakukan pada Ahad di Johor," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah.

Beliau berkata penahanan dibuat bagi membantu siasatan dalam mengenal pasti di mana suspek berada.

Namun beliau enggan memberitahu maklumat tentang mereka yang ditahan dan hubungan mereka dengan suspek.

Pembunuhan berlaku pada 24 Okt lalu apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati Norazita Abu Talib, 37, selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.

Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000.

Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek termasuk isteri pengawal tersebut. BERNAMA

Artikel Lain