suria

Bil Utiliti Seri Perdana Tahun Lalu Cecah RM2.3 Juta

Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri.
Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri.
Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR: Bil utiliti kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya tahun lalu mencecah RM2.3 juta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam jawapan bertulis kepada Anthony Loke (DAP-Seremban), beliau berkata sebanyak RM2,237,788.13 dibelanjakan untuk membayar bil elektrik sementara RM311,174.25 dibelanjakan untuk membayar bil air pada 2012.

Shahidan berkata bil elektrik dan air bagi kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria pula ialah RM865,458.56 dan RM99,264.03 bagi tahun lalu.

Pada sidang media di Lobi Parlimen, Loke meminta Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan penerangan yang jelas berhubung kos berkenaan.

"Rumah Putih di Amerika Syarikat mempunyai keluasan 7.2 hektar, sementara Seri Perdana, 17 hektar dan Sri Satria pula 7.3 hektar.

"Rumah Putih bukan hanya merupakan kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat malah ia merupakan pejabat beliau.

"Bagaimanapun, Seri Perdana hanya cuma kediaman Perdana Menteri," katanya.

Loke mencadangkan agar Najib dan Muhyiddin membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada wang poket mereka sendiri berbanding memindahkannya kepada pembayar cukai.

Artikel Lain