suria

Amaran 'Ribut Petir' Sehari Sebelum Pesawat Terhempas

Firasat?: Paparan skrin daripada akaun Facebook Marc sehari sebelum nahas berlaku.
Firasat?: Paparan skrin daripada akaun Facebook Marc sehari sebelum nahas berlaku.
Firasat?: Paparan skrin daripada akaun Facebook Marc sehari sebelum nahas berlaku.

KOTA KINABALU: Sehari sebelum kejadian insiden malang pesawat MASWings terhempas di Kudat pada Khamis, pembantu juruterbang Marc Joel Bansh memuat naik sekeping gambar pesawat Twin Otter dengan latar belakang awan gelap dan langit mendung berserta dengan kapsyen: "Ribut petir akan melanda."

Rakannya kini, berkongsi gambar tersebut dengan nota "Semoga kamu bersemadi dengan tenang, dia seolah tahu apa yang bakal terjadi."

Marc, 22, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia sebagai sahaja tiba di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Seorang lagi penumpang, Tan Ah Chai, 69, turut meninggal dunia di hospital sebaik sahaja diterbangkan melalui udara sebaik sahaja nahas berlaku.

Akaun Facebook Marc dipenuhi dengan ucapan takziah kepada keluarga dengan rakan-rakannya menyifatkan beliau sebagai teman yang ceria dan mudah didampingi.

"Saya akan merinduinya. Dia seorang yang kelakar," kata Krishna, yang bertemu dengan Marc minggu lalu di ibu pejabat MASWings Twin Otter, di Miri, Sarawak.

Seorang lagi rakan Marc, Sean yang menuntut di Miri berkata mendiang seorang yang mudah berkawan dengan sesiapa di mana-mana sahaja dia pergi sekaligus menjadikan dia seorang yang popular.

Ibu bapa Marc yang sangat sedih dengan pemergian anak berada ketika menunggu urusan menuntut mayat mendiang di luar bilik mayat awal pagi semalam mengelak daripada pihak media.

Rakan keluarganya turut meminta pihak media tidak menggangu keluarganya yang sedang menguruskan jenazah mendiang sementara menunnggu upacara pengebumian yang akan diadakan Isnin ini.

Marc merupakan anak kedua daripada empat beradik yang berasal daripada keluarga juruterbang.

Ayahnya, Heral Bansh, merupakan juruterbang dengan Sabah Air sementara abangnya merupakan pembantu juruterbang pesawat MAS Boeing 737.

Marc menyertai MASWings selepas dia tamat belajar di Sekolah Penerbangan Asia Pasifik di Kota Baru, Kelantan, setahun yang lalu.

Di Kudat, seorang suri rumah Junaini Bladi menyifatkan insiden tersebut sebagai kejadian yang cukup menakutkan apabila dahan pokok menghempas cermin tingkap sebuah rumah beberapa saat sebelum pesawat Twin Otter berkenaan terhempas ke dalam rumah berkenaan.

Pesawat berkenaan tergelincir daripada landasan kapal terbang ketika ia cuba mendarat dan akhirnya ia terhempas 200 meter daripada lapangan terbang di Kampung Sensen di utara Sabah.

Junaini berkata pesawat yang mempunyai dua enjin itu tiba-tiba bergerak ke arah kanan sebelum rodanya mencecah tanah dan kemudiannya kapal terbang itu merempuh pagar konkrit sebelum melanggar sebuah rumah.

Junaini, 53, yang duduk di bahagian kanan pesawat, bekata apabila pesawat berkenaan mencecah ke tanah dia tercampak daripada kerusinya.

Sebaik sahaja pesawat berkenaan berhenti dia dan penumpang yang lain merangkak keluar melalui pintu kecemasan.

Seorang lagi penumpang, Erwanshah Enin, 23, berkata kaki kirinya cedera ketika dia menendang untuk membuka pintu kecemasan yang terletak dibahagian belakang kerusi pembantu juruterbang.

"Sebaik sahaja saya pintu itu dapat dibuka, saya bergegas keluar dan semoat menarik dua orang wanita dan seorang kanak-kana," katanya.

"Saya sangat bimbang dengan kemungkinan pesawat itu mungkin meletup atau terbakar kerana bau bahan api yang kuat dan enjin sebelah kiri masih berfungsi. Enjin tidak berhenti hampir sejam selepas nahas berlaku."

Artikel Lain