suria

Buruh Warga Bangladesh Mati Ditikam, Rakan Parah

KUANTAN: Seorang buruh lelaki warga Bangladesh maut ditikam manakala rakannya cedera parah selepas terbabit dalam satu pergaduhan dengan empat lelaki warga Myanmar di tapak pembinaan Hospital Bentong.

Dalam kejadian 11.30 pagi Selasa, mangsa dikenali sebagai Aktarul, 30, dan rakannya, Alomgir, 30, cedera selepas dipercayai ditikam dengan pisau ketika terbabit dalam pergaduhan itu.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Bentong namun Aktarul disahkan mati pada 2.45 petang ketika menerima rawatan.

Beliau memberitahu Bernama bedah siasat mendapati mangsa mati akibat pendarahan dalaman sementara rakannya masih dirawat di hospital berkenaan.

Katanya, polis berjaya memberkas seorang warga Myanmar yang disyaki terbabit dalam kejadian itu dan tiga lagi masih diburu.

"Punca pergaduhan itu masih dalam siasatan, dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain