Adun Mengkibol Akan Dirujuk Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan - Semasa | mStar

Adun Mengkibol Akan Dirujuk Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

NUSAJAYA: Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Mengkibol Tan Hong Pin akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor atas alasan membawa masuk orang luar tanpa kebenaran ke dalam dewan persidangan pada Khamis.

Speaker DUN Johor Datuk Mohamad Aziz berkata usul itu dibawa Datuk Dr Adham Baba (BN-Pasir Raja) selepas melihat Tan yang merupakan wakil rakyat DAP bersama seorang individu berada di dalam dewan persidangan ketika sidang dewan ditangguhkan sementara untuk makan tengah hari pada pukul 1.30 tengah hari.

"Hal ini akan dirujuk ke jawatankuasa terbabit pada pertengahan bulan depan selepas saya pulang daripada menghadiri Persidangan Speaker Negara-Negara Komanwel di Afrika Selatan," katanya kepada pemberita di sini.

Mohamad berkata jawatankuasa itu kelak akan dipengerusikan beliau sendiri bersama Adun Barisan Nasional dan pembangkang.

Beliau berkata mengikut undang-undang, anggota DUN boleh membawa masuk pelawat ke dalam dewan persidangan tetapi mereka perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu. Sementara itu, Tan yang ditemui pemberita berkata beliau tidak mengajak individu terbabit yang merupakan staf seorang daripada Adun pembangkang masuk ke dalam dewan itu sebaliknya staf itu memasuki dewan berkenaan sendiri.

"Kami berbual selama lima minit sebelum Adun Pasir Raja menegur," katanya yang kemudian mengajak individu itu keluar meninggalkan dewan.

Tan berkata beliau mengakui terlepas pandang mengenai hal itu dan bersedia untuk dirujuk ke jawatankuasa terbabit. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

default image

Pengusaha Restoran Cedera Parah Ditembak

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?