suria

PM Pilih Baju Rasmi Sambutan Kemerdekaan Negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan pemilihan baju untuk dipakai oleh para anggota pentadbiran pada hari kemerdekaan ke 56 pada tahun ini yang bertemakan "Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku" sebelum mempengerusikan mesyuarat kabinet di bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Rabu. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan pemilihan baju untuk dipakai oleh para anggota pentadbiran pada hari kemerdekaan ke 56 pada tahun ini yang bertemakan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan pemilihan baju untuk dipakai oleh para anggota pentadbiran pada hari kemerdekaan ke 56 pada tahun ini yang bertemakan "Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku" sebelum mempengerusikan mesyuarat kabinet di bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Rabu. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara bulan depan, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan sedikit masanya di pejabat hari ini, untuk memilih baju rasmi yang bakal dipakai anggota Kabinetnya pada 31 Ogos.

Daripada lima rekaan baju yang ditampilkan, perdana menteri memilih rekaan berwarna biru gelap yang akan dipakai menteri-menteri pada hari sambutan dan perbarisan kemerdekaan nanti.

Selepas memutuskan pilihannya, beliau meneruskan tugas rasmi, mempengerusikan mesyuarat kabinet.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Othman Mahmood berkata tema baju sambutan kemerdekaan ke-56 ini lebih menyerlahkan aspek warna asas pakaian seragam, agak berbeza daripada tahun lepas yang lebih berwarna-warni.

"Bersesuaian dengan tema 'Malaysia Tanah Airku, Tumpahnya Darahku', rekaan baju rasmi bagi sambutan kemerdekaan kali ini lebih bersifat kemerdekaan, kedaulatan dan keperwiraan," kata beliau kepada Bernama.

Rekaan kali ini berkonsepkan uniform bagi simbolik sokongan kepada pasukan keselamatan negara, kata Othman yang juga pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan. - BERNAMA

Artikel Lain