suria

Semua Syarat TOL Dipenuhi - Lynas

KUALA LUMPUR: Lynas Corporation Ltd berkata pada Khamis bahawa ia telah mematuhi semua syarat Lesen Pengendalian Sementara (TOL) bagi Kilang Bahan Maju Lynas, dekat Kuantan, Pahang.

Dalam satu kenyataan ringkas di sini, syarikat itu berkata ini juga termasuk syarat-syarat yang harus dipatuhi pada awal Julai 2013.

Lynas ialah sebuah syarikat senaraian awam multinasional yang disenaraikan di Bursa Saham Australia.

Tumpuan utamanya ialah membangunkan dan menerajui pertumbuhan industri nadir bumi global dengan mewujudkan bekalan nadir bumi yang terjamin dan bersepadu sepenuhnya. - BERNAMA

Artikel Lain