suria

Persatuan Teksi Minta Kerajaan Bantu Pasang Tangki Gas NGV

KUALA TERENGGANU: Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Melayu Terengganu/Marang (PKPTMTM) merayu pihak berkuasa agar dapat membantu menanggung kos memasang tangki Natural Gas Vehicle (NGV) di teksi anggota persatuan itu.

Setiausaha (PKPTMTM) Jaafar Endut berkata setiap tangki gas yang hendak dipasang pada teksi melibatkan perbelanjaan kira-kira RM3,000 dan anggota persatuan tidak mampu untuk mengadakannya.

Jaafar berkata terdapat kira-kira 200 anggota yang berdaftar dengan PKPTMTM, manakala di seluruh negeri terdapat 1,500 pemandu teksi yang semuanya menggunakan petrol. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain