suria

Safwan Anang Bebas Diikat Jamin Oleh Keluarga

KUALA LUMPUR: Aktivis pelajar, Safwan Anang yang menolak diikat jamin sebelum didakwa di bawah Akta Hasutan pada Rabu, telah dibebaskan selepas keluarganya membayar ikat jamin RM5,000 pada Jumaat.

Safwan memilih untuk dipenjarakan selepas beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan pada perjumpaan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Lima yang lain – Naib Presiden PKR, Tian Chua, bekas ahli Umno, Tamrin Gharin dan aktivis politik Haris Ibrahim dan Hishammuddin Rais serta aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim turut didakwa di bawah akta yang sama dan diikat jamin.

Artikel Lain