suria

Keputusan Rasmi: Tengku Adnan Pertahan Kerusi Parlimen Putrajaya

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor meraikan kemenangannya mengekalkan kerusi yang disandangnya bersama ahli keluarga selepas keputusan rasmi diumumkan di Pusat Komuniti Presint 9 Putrajaya pada malam Ahad. - FOTO THE STAR

PUTRAJAYA: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya untuk Barisan Nasional (BN) buat kali ketiga berturut-turut apabila menewaskan calon PAS Datuk Husam Musa dengan majoriti 5,541 undi pada pilihan raya umum ke-13 pada Ahad.

Tengku Adnan memperoleh 9,943 undi untuk mengalahkan Husam yang mendapat 4,402 undi, sekaligus melenyapkan impian PAS menawan pusat pentadbiran negara itu.

Majoriti yang diperoleh Tengku Adnan kali ini adalah yang paling besar berbanding dua pilihan raya umum lepas dan sekali ganda daripada majoriti yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-12.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Tengku Adnan mengatasi calon PAS Mohamad Noor Mohamad dengan kelebihan 2,734 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Muhammad Haitamin Ishak mengumumkan keputusan itu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Kompleks Kejiranan Persint 9 di sini pada 9.30 malam ini.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan gembira daripada anggota keluarganya serta para penyokong BN yang menunggu pengumuman keputusan itu sejak 6.30 petang.

Muhammad Haitamin berkata Sebanyak 91.2 peratus iaitu kira-kira 13,719 orang daripada 15,791 pengundi di kawasan itu mengundi hari ini.

Selain itu, sebanyak 75 undi ditolak, katanya.

Artikel Lain