suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zambry Dijangka Angkat Sumpah Jawatan MB Perak Esok

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melambai ke arah jurufoto ketika keluar dari istana selepas mengadap pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Ipoh pada Isnin. -Foto BERNAMA.

IPOH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menghadap Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta di sini pada Isnin.

Kenderaan membawa Zambry dilihat memasuki perkarangan istana dengan diiringi dua kenderaan lain pada pukul 9.50 pagi.

Dalam majlis hampir sejam itu, Zambry mempersembahkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Perak dan memohon perkenan baginda untuk pembentukan kerajaan negeri baharu.

Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak bagi penggal ke-13 esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Pada PRU-13 Barisan Nasional (BN) Perak menang dengan majoriti mudah apabila menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang memenangi 28 kerusi.

Dalam keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, Umno memenangi 30 daripada 36 kerusi DUN yang ditandinginya manakala MCA menyumbang satu kerusi iaitu Chenderiang. -BERNAMA

Artikel Lain