suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdul Ghani Miliki Rekod Baik Dalam Bangunkan Johor - Dr Chua

BATU PAHAT: Datuk Abdul Ghani Othman terbukti seorang pemimpin yang bersikap sederhana dan akan terus berupaya menjaga kebajikan masyarakat pelbagai kaum dan membangunkan Johor, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, masyarakat Cina harus memberikan sokongan padu kepada Abdul Ghani dan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi dengan strategi perkauman yang dicetuskan DAP.

Abdul Ghani dan penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertemu sesama sendiri di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Ahad ini.

Dr Chua berkata, masyarakat Cina akan menghantar mesej bahawa 'Cina adalah untuk golongan Cina saja' jika mereka menyokong Lim.

"Jika itu berlaku, ia akan memaksa Menteri Besar Johor yang baru untuk mengamalkan pendekatan berunsur perkauman bagi mendapatkan sokongan orang Melayu," katanya.

Dr Chua berkata, Lim akan meninggalkan Gelang Patah selepas saja pilihan raya umum berakhir tanpa mengira beliau menang atau kalah.

"Masyarakat Cina harus berfikir dengan luas dan dalam jangka masa panjang, tidak membenarkan DAP mempengaruhi mereka untuk kepentingan politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah konsert di sini, malam Jumaat.

Dr Chua berkata seorang ahli Parlimen pembangkang di Gelang Patah akan hanya menakut-nakutkan pelabur.

Artikel Lain