suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdul Ghani Janji Tinggal Di Gelang Patah Jika Menang PRU-13

JOHOR BAHARU: Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata beliau akan tinggal di kawasan Parlimen Gelang Patah sekiranya menang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Ahad ini bagi memudahkannya memberi khidmat kepada penduduk.

Abdul Ghani yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen itu berkata beliau bercadang membeli rumah di kawasan itu sekiranya diberi mandat oleh penduduk.

"Saya tidak mempunyai rumah di Johor kecuali rumah orang tua saya di Sungai Mati. Kalau menang saya akan beli rumah di Gelang Patah supaya dekat dengan penduduk di sana," katanya pada Program Himpunan Perpaduan Rakyat di Taman Sutera di sini Jumaat.

Abdul Ghani yang juga pengerusi BN negeri berkata, BN di negeri Johor tidaklah sempurna sepenuhnya namun rakyat di negeri ini telah mendapat pembelaan daripada parti itu.

Beliau merayu pengundi di Johor memilih BN pada pilihan raya umum ke-13 ini agar pembangunan berterusan dapat dilaksanakan. Abdul Ghani meminta pengundi menerimanya sebagai 'lao pengyou' atau 'kawan lama' mereka.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya Dr Zaini Abdu Bakar dan DUN Skudai Liang Ah Chy. -BERNAMA

Artikel Lain