KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu tidak dicalonkan langsung pada pilihan raya kali ini sekaligus membuka laluan untuk negeri itu memperolehi menteri besar baru.
Menurut beliau, langkah mengundurkan diri itu dibuat bersandarkan faktor usia selain memberi laluan kepada muka baru untuk memberikan perkhidmatan sebagai wakil rakyat di negeri ini.
Kerusi DUN Bintong yang disandangnya akan ditandingi ooleh Ketua Wanita Umno Kangar, Rela Ahmad, 63.
Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sebaliknya diletakkan bertanding kerusi Parlimen Arau.
Tempatnya di Tambun Tulang akan ditandingi oleh adiknya, Ismail Kassim.
Kerusi Parlimen Kangar akan ditandingi oleh Shahruddin Ismail, yang akan menggantikan Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.
Berikut adalah senarai penuh calon-calon BN negeri Perlis:
Kerusi Parlimen:
Kangar: Shaharuddin Ismail
Padang Besar: Zahidi Zainol Abidin (Umno)
Arau: Datuk Seri Shahidan Kassim
Kerusi DUN :
Titi Tinggi: Khor Hock Kong (MCA)
Beseri: Mohd Rawi Kassim (Umno)
Chuping: Azmaiza Ahmad
Santan: Sabry Ahmad
Bintong: Rela Ahmad
Sena: Abdul Jamil Saad
Indera Kayangan: Dr Por Choo Chor (MCA)
Kuala Perlis: Mat Hassan
Kayang: Ahmad Bakri Ali
Pauh: Azlan Mat
Tambun Tulang: Ismail Kassim
Guar Sanji: Jafperi Othman
Simpang Ampat: Nurhisham Yaakob
Sanglang: Fathul Bari Mat Jahaya


