Polis Selangor Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Samun, Rogol Wanita Amerika - Semasa | mStar

Polis Selangor Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Samun, Rogol Wanita Amerika

SHAH ALAM: Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes membabitkan seorang wanita warga Amerika Syarikat yang dilaporkan disamun dan dirogol pada Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata polis sedang giat memburu beberapa suspek yang dipercayai terbabit dengan kejadian itu.

"Berdasarkan maklumat daripada mangsa, polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada kira-kira 5 pagi semalam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Khamis.

Wanita berusia 20-an itu menaiki teksi dari sebuah pusat beli-belah di Mutiara Damansara, dekat sini sebelum dibawa ke sebuah lokasi di Sungai Pelek, Sepang sebelum dirogol.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata ia memandang serius kes berkenaan. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak polis bagi mengesan individu terlibat.

Syed Hamid berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu dan pengendali teksi itu jika siasatan mengesahkan dakwaan itu.

Beliau juga meminta orang ramai memastikan teksi yang dinaiki memaparkan kad pemandu di ruangan papan pemuka. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Polis Rampas Dadah Bernilai RM380,000

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain