suria

Lahad Datu: Polis Adakan Sidang Media Pukul 5 Petang

KUALA LUMPUR: Polis mengadakan sidang media di Lahad Datu kira-kira 5 petang Jumaat berhubung operasi pasukan keselamatan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Sehingga kini dilaporkan dua komando polis terkorban dalam serangan mortar oleh kumpulan Filipina itu manakala dua lagi cedera.

Wartawan telah diarahkan keluar dari lokasi kejadian atas sebab keselamatan.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yusof memberitahu Bernama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telahpun berada di Sabah.

"Harap bersabar dan tunggu sidang media oleh polis," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain