suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Bayangkan Hadi & Kit Siang Bakal Dilantik TPM Jika PR Berkuasa

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mungkin akan dinamakan sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam satu temuramah dengan akhbar Sin Chew Daily, Anwar menambah, perlembagaan negara tidak menghalang perlantikan dua orang timbalan perdana menteri.

Namun begitu Anwar menjelaskan bahawa PR buat masa ini belum secara terperinci membincangkan tentang penyandang kerusi itu melainkan memberi tumpuan kepada pilihan raya terlebih dahulu.

Dalam temuramah itu, Anwar juga memberi jaminan yang PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno hanya semata-mata untuk melaksanakan hukum hudud.

Ketua pembangkang itu turut memberi jaminan yang PR tidak akan melaksanakan hukum hudud jika mereka ditakdirkan berkuasa kerana sebarang perubahan polisi mestilah dibuat mengikut peruntukkan di bawah perlembagaan negara dan dipersetujui oleh semua rakan pakatan.

Anwar menyatakan keyakinan yang mendalam PR akan berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini dengan majoriti yang kecil.

Beliau menyatakan keyakinannya itu berdasarkan perkembangan pengaruh PR di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Artikel Lain