suria

Ibu Pembantu Menteri Kewangan Sabah Meninggal Dunia

TAWAU: Ibu kepada Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Datin Kee Hafsah Kee Sulaiman, 82, meninggal dunia di Hospital Tawau awal pagi Isnin.

Tawfiq ketika dihubungi Bernama di sini, berkata Allahyarham ibunya meninggal dunia pukul 5 pagi tadi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Utara, katanya.

Menurut Tawfiq, Allahyarham ibunya dimasukkan ke hospital itu sejak beberapa hari lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain