suria

Teman Lelaki Disyaki Dera Anak Kekasih Hingga Mati Direman

Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar (gambar) yang berusia 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya.
 Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar (gambar) yang berusia 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya.
Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar (gambar) yang berusia 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya.

ALOR SETAR: Polis telah menahan lelaki berumur 28 tahun bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak berusia dua tahun akibat didera di Kampung Berjaya di sini.

Tukang kimpal itu direman sehingga 24 Disember, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar, Deputi Supritendan, V. Saravanan berkata laporan bedah siasat menunjukkan Muhammad Faizal Iqhmal Iskandar mempunyai kesan lebam di seluruh badan dan alat sulit serta kecederaan organ dalamannya.

Beliau berkata kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat trauma bahan tumpul di badannya.

Menurutnya suspek telah ditangkap pada pukul 3 pagi Selasa di rumah seorang teman di Kubang Rotan kira-kira 12 kilometer dekat sini.

Mangsa, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar dilaporkan meninggal dunia pada kira-kira 3.30 petang Isnin di sebuah klinik swasta selepas dilaporkan terajtuh daripada tangga di rumah sewa ibunya di Kampung Berjaya.

Mangsa dipercayai didera berdasarkan kesan lebam pada muka dan kecederaan pada testis.

Kanak-kanak malang itu berada di bawah penjagaan kenalan lelaki ibunya ketika kejadian berlaku.

Ibu mangsa, Norhafiza Othman, 25, berkata dia telah mengenali teman lelakinya itu selama bulan dan dia telah beberapa kali menjaga anaknya itu.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika melawat keluarga itu menggesa orang ramai melaporkan kes penderaan yang berlaku di kawasan kejiranan mereka.

Beliau berkata sekiranya mereka untuk tampil kehadapan mereka boleh membuat laporan tersebut dengan menelefon talian nur di 15999.



Artikel Berkaitan

Artikel Lain