suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

145 Saman Dikeluarkan Dalam Ops Samseng Jalanan

KOTA KINABALU: Sebanyak 145 saman dikeluarkan ke atas pemandu kereta dan penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Ops Samseng Jalanan dan Ops Mabuk, di sepanjang Jalan Coastal berhampiran Kompleks Api-Api Centre di sini, malam Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt M Chandra berkata operasi selama lebih empat jam berakhir 3.30 pagi itu melibatkan 30 saman atas pelbagai kesalahan ke atas 20 penunggang motosikal, 75 saman trafik dan 40 saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Polis turut menahan sepuluh orang memandu dalam keadaan mabuk, lima dibawa ke balai trafik untuk siasatan manakala dua orang disaman di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan," katanya.

Chandra berkata sepanjang operasi berlangsung terdapat dua penunggang matosikal yang sempat melarikan diri selepas melanggar kun polis.

Menurutnya, seramai lima pegawai dan 38 anggota termasuk dari JPJ terlibat dalam operasi tersebut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain