suria

Ahli Perniagaan Terima Ugutan Peluru Dan Bangkai Ayam Hitam

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk membuat laporan polis selepas menemui sebutir peluru dan bangkai seekor ayam hitam di dalam keretanya yang diletakkan berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 3 1/2, Jalan Klang lama, di sini, awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi tadi, peniaga berusia 40 tahun itu meletakkan keretanya jenis Range Rover di kawasan itu sebelum menemui rakannya di sebuah kedai di situ.

"Selepas kembali ke keretanya kira-kira sejam kemudian, beliau mendapati cermin kereta sebelah kirinya dipecahkan dan menemui bangkai seekor ayam hitam dan satu sampul surat berisi sebutir peluru di bahagian belakang keretanya. "Beliau (ahli perniagaan) membuat laporan polis di balai berhampiran sekitar pukul 3 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Polis menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. -BERNAMA

Artikel Lain