suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Perniagaan Didakwa Tipu Lelaki RM135,000

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat terhadap pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan hutang berjumlah RM135,000, tujuh bulan lepas.

M. Gopinathan, 36, didakwa menipu Iqbal Feiruz Khan Mohamed Rafik dengan memberikan sekeping cek tendang Bank HSBC bernilai RM135,000 untuk melunaskan bayaran hutang kepada mangsa.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan perbuatan itu di Royal Selangor Club Bukit Kiara, Jalan Bukit Kiara, di sini, pada pukul 11 pagi, 9 Mei lepas.

Gopinathan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Peguam tertuduh S.S.Devanandan memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya mempunyai lima tanggungan termasuk kedua-dua ibu bapanya.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Jan depan untuk pengurusan kes. - BERNAMA

Artikel Lain