suria

Pelaburan Meningkat Kerana Imej Negara Bertambah Baik – Ahmad Husni

Ahmad Husni Hanadzlah
Ahmad Husni Hanadzlah
Ahmad Husni Hanadzlah

IPOH: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah percaya bahawa pelaburan akan meningkat kerana imej negara bertambah baik.

Ahmad Husni berkata, ini kerana dunia dapat melihat perubahan yang dijalankan oleh kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Salah satu penunjuk mengenai pengumuman Transparency International baru-baru ini bahawa Malaysia meningkat kepada 54 daripada tempat ke-60 tahun lepas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2012.

"Badan-badan antarabangsa mula mengakui perubahan positif yang dibuat oleh Najib," katanya kepada para pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di Taman Meru pada Ahad.

Ahmad Husni berkata, kerajaan akan meneruskan usaha mereka dalam membanteras rasuah untuk memastikan Malaysia dikenali sebagai sebuah negara berintegriti.

Artikel Lain