SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menyerahkan sejumlah RM563 juta durian runtuh kepada 112,635 isi rumah Felda di bawah fasa ketiga khusus untuk generasi muda peneroka.
Masing-masing akan menerima RM5,000.
Penyerahan itu dilakukan pada majlis Himpunan Generasi Baru Felda, yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini.
Agihan durian runtuh ini berdasarkan keuntungan selepas penyenaraian Felda Global Ventures di bursa saham.
Jumlah keseluruhan durian runtuh yang diberikan kepada peneroka, isteri peneroka dan generasi kedua adalah berjumlah RM1.689 bilion.


