suria

Polis Melaka Tahan 47 Lelaki Terbabit Curi Motosikal

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah (kiri) dan timbalannya, Supt P.R. Gunarajan (kanan) menunjukkan sebahagian rangka motosikal yang ditemui hasil penahanan seramai 47 lelaki, dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah curi motosikal di tiga daerah di negeri Melaka pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Isnin. Polis juga berjaya menemui 23 motosikal curi yang disembunyikan di beberapa bengkal haram di belakang rumah suspek serta beberapa rangka motosikal yang telah dileraikan dan dibuang di dalam sungai bagi mengelak dari dikesan polis. -fotoBERNAMA

MELAKA: Polis Melaka menahan 47 lelaki termasuk anggota tiga kumpulan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan curi motosikal, melalui pasukan khas yang ditubuhkan pada 1 Oktober lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata semua lelaki berkenaan termasuk 12 pelajar sekolah berusia antara 13 dan 40 tahun ditahan di tiga daerah.

"Kita percaya penahanan kesemua lelaki tersebut telah membantu polis menyelesaikan sebanyak 12 kes curi motosikal di Melaka bermula Januari lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, Isnin.

Katanya pasukan khas itu turut menemui 23 motosikal curi yang disembunyikan di beberapa bengkal haram di belakang rumah suspek serta rangka motosikal yang telah dileraikan dan dibuang ke dalam sungai bagi mengelak daripada dikesan polis.

Katanya daripada jumlah yang ditahan itu, tujuh telah dihadap ke mahkamah, 19 masih dalam siasatan, 20 dibebaskan dengan jaminan polis dan seorang dibebaskan kerana didapati tidak terlibat dengan kejadian curi motosikal tersebut.

Raja Shahrom berkata secara keseluruhan, kes kecurian motosikal di negeri itu mencatatkan peningkatan 27 peratus dalam tempoh Januari hingga semalam dengan kerugian dianggar RM4.8 juta.

"Dalam tempoh sama tahun lepas, bilangan motosikal yang dicuri hanya sebanyak 1,261 buah berbanding 1,600 pada tahun ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati pemilik motosikal terutama Honda EX5 dan Yamaha 125 yang sering menjadi sasaran pencuri agar memastikan kenderaan mereka dikunci dan diletak di tempat selamat.

Dalam perkembangan lain, Raja Shahrom berkata polis sedang mengesan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pengawal keselamatan, M. Kuganthiran, 19, maut ditetak sekumpulan lelaki di kawasan perindustrian Kelemak, Alor Gajah pada 22 September lepas.

Beliau berkata K. Prakash, 23, dan P. Suresh, 27, masing-masing dari Selandar dan Kesang Pajak, Jasin serta M. Nagaratnam, 26, dari Tampin, Negeri Sembilan diminta tampil bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain