suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akta Berkait Pesalah Seksual Akan Dipinda Bagi Lindungi Kanak-Kanak - Nazri

KUALA KANGSAR: Kerajaan akan mengemukakan usul pada sidang Parlimen akan datang bagi meminda undang-undang agar Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah tidak terpakai dalam kes jenayah seksual membabitkan mangsa bawah umur 16 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Peguam Negara dan dijangka pindaan akan dibuat pada sesi Parlimen akan datang.

Katanya seksyen tersebut mewajarkan budi bicara hakim untuk meringankan hukuman berdasarkan keadaan kepada pesalah kali pertama mahupun pesalah muda.

Selain seksyen tersebut, Mohamed Nazri berkata pindaan juga akan dilakukan pada Seksyen 376 Kanun Keseksaan terutamanya kesalahan rogol yang melibatkan mangsa kanak-kanak.

Katanya penyimpangan keadilan bagi kanak-kanak bawah umur yang paling memerlukan perlindungan undang-undang perlu dilihat semula bagi mencerminkan kebencian dan ketidaksenangan masyarakat terhadap perbuatan jenayah seperti itu.

Mohamed Nazri, yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis 'Pemimpin Bersama Rakyat' di padang Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khiu Min di Padang Rengas, dekat sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai gesaan pelbagai pihak terutama badan bukan kerajaan (NGO) wanita berhubung keputusan dua kes yang mana pesalah kes rogol gadis bawah umur dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik.

Kes tersebut membabitkan bekas pemain boling kebangsaan, Noor Afizal Azizan, yang disabitkan di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah, telah dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka pada 2009.

Manakala seorang juruelektrik Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dan bon jaminan berkelakuan baik atas tuduhan merogol teman wanitanya, seorang gadis berusia 12 tahun di Pulau Pinang, tahun lepas.

Mohamed Nazri juga mencadangkan supaya satu undang-undang digubal bagi mengawasi kemasukan dana asing kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang digunakan untuk tujuan menimbulkan kekecohan dalam negara.

Katanya pihaknya akan meminta cadangan penggubalan akta itu dikaji dengan lebih teliti supaya ada undang-undang menghalang campur tangan asing dalam bentuk kewangan yang bertujuan mengancam keamanan, keharmonian serta keselamatan negara. - BERNAMA

Artikel Lain