suria

Pertukaran Datuk Bandar PJ, Penjawat Awam Kanan Lain Dibekukan

SHAH ALAM: Pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohamad Roslan Sakiman dan lain-lain penjawat awam kanan di Selangor telah dibekukan sementara menunggu perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Mohamad Roslan akan terus berkhidmat di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sementara kerajaan negeri meneruskan perbincangan dengan JPA mengenai rombakan pegawai kanan kerajaan.

Ini bermakna jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, kekal dipegang Datuk Noordin Sulaiman buat masa ini.

Difahamkan, dalam rombakan ini Noordin akan menggantikan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Arif Abdul Rahman yang akan bertukar ke Putrajaya.

Khalid berkata, perbincangan masih diteruskan di antara JPA dan kerajaan negeri berhubung rombakan, tetapi tiada keputusan belum dibuat.

"Kita bekukan dulu. Pertukaran masih belum berjalan. Apabila anda menukarkan seseorang, terdapat perubahan secara berantai yang turut melibatkan orang lain. Jadi kita akan membuat satu pengumuman biasa (rombakan yang lengkap)," beliau memberitahu pemberita selepas melancarkan kolokium penyelidikan Universiti Selangor pada Selasa.

Beliau menambah keputusan mungkin dicapai dalam tempoh dua minggu, tetapi memberi bayangan bahawa sebarang pertukaran mungkin hanya berlaku tahun depan.

"Ini adalah masa yang paling sukar untuk melakukan ini kerana terdapat banyak kerja menjelang akhir tahun. Lebih mudah untuk melakukannya pada awal tahun," katanya.

Ditanya mengenai surat pertukaran dari JPA kepada Mohamad Roslan, Khalid berkata arahan itu tidak lagi sah.

Sepucuk surat JPA bertarikh 27 September diterima oleh MBPJ berkata bahawa Mohamad Roslan telah ditukarkan ke jawatan Timbalan Setiausaha Negeri (Pembangunan) berkuatkuasa pada 1 Oktober.

"JPA mempunyai hak ke atas kakitangan (penjawat awam), tetapi tidak mempunyai hak ke atas kedudukan," katanya.

Mengenai perkara lain, Khalid berkata tawaran baru kerajaan negeri kepada syarikat konsesi air di bawah penstrukturan semula industri perkhidmatan air hanya boleh didedahkan pada masa yang tertentu.

"Ia adalah maklumat sensitif. Puncak Niaga berdagang di bursa saham.

"Tadbir urus korporat yang baik bermakna kita hanya boleh mengumumkan ia pada masa tertentu supaya ia tidak membawa kepada ketidakstabilan harga di pasaran. Malah ahli-ahli exco saya juga tidak tahu tentang harga," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain