suria

Kes Bunuh Stephanie Foray: Hakim Lawat Lokasi Kejadian Rabu Ini

KUANTAN: Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Mariana Yahya, yang mendengar kes pembunuhan pelancong wanita warga Perancis Stephanie Foray, akan melawat lokasi kejadian Rabu ini, termasuk gua di mana mayat mangsa ditemui.

Mariana membuat keputusan itu dalam kamar selepas bertemu pihak pendakwaan dan pembelaan.

Di kandang tertuduh, seorang peniaga kecil-kecilan Asni Omar, 37, didakwa membunuh Foray di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas.

Terdahulu, ahli kimia Nor Aidora Saedon menafikan mahkamah menolak keterangan beliau pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Dalam kes tersebut, terdapat dua pakar kimia yang membuat analisis DNA, iaitu seorang kendalikan sampel yang diambil dari pengadu (Mohd Saiful) manakala saya menjalankan ujian terhadap sampel dari sel (penjara) yang digunakan untuk menahan suspek (Anwar).

"Selepas ujian dijalankan, saya telah mendapat satu profil DNA yang lengkap dan profil ini elok serta tidak ada sebarang pencemaran. Mahkamah tidak menolak keputusan dari ujian yang saya jalankan itu, saya sangat pasti," katanya ketika menyambung keterangan pada Isnin.

Perbicaraan disambung pada Selasa. - BERNAMA

Artikel Lain