suria

Ribuan Orang Berpusu-Pusu Di Kayu Nasi Kandar Rai Kemenangan Chong Wei

NASI KANDAR PERCUMA...Pengarah Urusan Original Penang Kayu Nasi Kandar Burhan Mohamed memberikan hidangan percuma selepas Datuk Lee Chong Wei merangkul pingat perak pada perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki, pada Ahad.-Foto FAIHAN GHANI / The Star

PETALING JAYA: Ia bukan sekadar hidangan percuma yang dinikmati oleh ribuan orang yang berpusu-pusu ke restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar, tetapi ia juga satu cara bagi mereka untuk meraikan prestasi cemerlang Datuk Lee Chong Wei di Sukan Olimpik London 2012.

Set makan malam lazat, yang dijanjikan oleh pemilik restoran Burhan Mohamed adalah kemuncak kemenangan apabila ramai orang beratur di sekeliling blok bangunan restoran untuk menunggu nasi briyani kukus, ayam rendang, telur dan minuman kordial oren dihidangkan.

Burhan berkata beliau amat berbangga dengan prestasi Lee dalam perlawanan badminton peringkat akhir yang mendebarkan menentang pemain nombor satu dunia dari China Lin Dan, yang membawa pulang emas Olimpik buat kali kedua.

"Saya fikir Chong Wei benar-benar telah melakukan yang terbaik untuk Malaysia dan dia masih lagi wira negara yang boleh dibanggakan," katanya, sambil menambah bahawa semua cawangan beliau penuh sesak dengan pelanggan-pelanggan yang menonton perlawanan pada malam Ahad.

Beliau pada mulanya mengumumkan minggu lalu akan mengadakan majlis makan malam percuma pada hari Isnin pukul 7.00 petang hingga 10.00 malam jika Lee merangkul emas.

Bagaimanapun, beliau mengubah fikiran kerana beliau kagum dengan prestasi cekal Lee yang telah melakukan yang terbaik walaupun mengalami kecederaan buku lali di Piala Thomas pada Mei.

Harapan Malaysia telah disematkan pada Lee untuk membawa pulang emas pertama Olimpik sejak negara mengambil bahagian dalam acara ini pada tahun 1956 tetapi tidak menjadi.

Artikel Lain