suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Mahkamah Beijing arah Malaysia Airlines bayar RM1.68 juta kepada setiap keluarga penumpang

Tragedi MH370 menjadi antara misteri terbesar dalam industri penerbangan dunia. -Gambar hiasan

MAHKAMAH di Beijing mengarahkan Malaysia Airlines membayar pampasan lebih 2.9 juta yuan bersamaan RM1.686 juta bagi setiap kes melibatkan beberapa keluarga penumpang pesawat MH370 yang masih hilang, menurut laporan stesen penyiaran negara China, CCTV pada Isnin.

Menurut CCTV, keputusan itu melibatkan lapan kes membabitkan lapan penumpang.

Sebanyak 47 kes lain telah diselesaikan dan ditarik balik, manakala baki 23 kes masih dalam perbicaraan, kata penyiar berkenaan.

Malaysia Airlines bagaimanapun tidak memberi maklum balas terhadap permintaan untuk mengulas hal itu. — Reuters

Artikel Lain