suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak umur 5 tahun maut, ditemukan lemas dalam istana belon telah dikempiskan dan dilipat

Ningsih kehilangan anak lelaki dalam kejadian pada Ahad malam.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun meninggal dunia selepas terhimpit dalam istana belon yang telah dikempiskan dan dilipat.

Insiden itu berlaku pada Ahad malam di Lapangan Merdeka, Desa Pondok Tinggi, Kota Sungai Penuh, Indonesia.

Ibu mangsa, Putri Ningsih, berkata dia mula panik selepas mangsa  yang dikenali sebagai GL tiba-tiba hilang dari pandangannya.

"Pada mulanya dia masih kelihatan bermain dalam istana belon. Selepas setengah jam, kawasan itu mula sepi dan dia tidak kelihatan. 

"Saya tanya neneknya, katanya dia ada dalam istana belon. Kemudian saya tanya pemilik istana belon, dia kata anak saya tiada di situ,” kata Ningsih kepada wartawan.

Ningsih melakukan pencarian di sekitar kawasan itu dan turut pulang ke rumah, namun anaknya masih gagal dikesan.

Semasa kembali ke kawasan itu, dia melihat pemilik membuka istana belon yang telah dikempiskan dan mendapati anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

Mangsa ditemukan dalam keadaan meniarap sebelum dibawa ke sebuah hospital berdekatan.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas diberikan bantuan pernafasan.

Kematian kanak-kanak itu disahkan oleh Ketua Siasatan Jenayah, Polis Daerah Kerinci, AKP Veri Prastiawan.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini. - Kumparan.

 

Artikel Lain