suria

Buruh maut terjun telaga selepas bergaduh dengan bapa gara-gara hasrat beli ‘handphone’ ditentang

Perselisihan faham boleh mendorong seseorang bertindak di luar kawalan. -Gambar hiasan

SEORANG pemuda berusia 20 tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjun ke dalam sebuah telaga sedalam 140 kaki (kira-kira 43 meter) dalam kejadian pada petang Jumaat.

Menurut keluarganya, mangsa yang bekerja sebagai buruh sebelum itu bertengkar dengan bapanya kerana hasrat untuk membeli telefon bimbit secara ansuran ditentang. 

Pasukan bomba segera bergegas ke lokasi kejadian yang terletak di Bhuj, Gujarat, India, sebaik menerima panggilan kecemasan. 

Mereka menyalurkan oksigen melalui paip ke dalam telaga sambil memantau keadaan mangsa menggunakan kamera.

Operasi menyelamat berlangsung hampir sembilan jam dengan keadaan telaga yang sempit menyulitkan usaha menarik keluar mangsa.

Mangsa akhirnya berjaya dibawa keluar sekitar pukul 3 pagi (Sabtu) dan segera dihantar ke Hospital Besar GK Bhuj menggunakan ambulans.

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia walaupun pasukan perubatan sedaya upaya cuba menyelamatkan nyawanya.

Hasil siasatan awal polis mengesahkan bahawa mangsa bertindak terjun ke dalam telaga selepas kecewa kerana tidak dibenarkan membeli telefon bimbit yang diingininya. -Agensi

Artikel Lain