suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis resepsi kecoh! Keluarga pengantin lelaki, perempuan balas baling kerusi gara-gara ‘dessert’ habis sebelum mempelai tiba

Rakaman ketika insiden memaparkan ahli keluarga pihak pengantin perempuan dan lelaki saling menyerang hingga dewan kucar-kacir. -Foto X

SEBUAH majlis resepsi perkahwinan bertukar kecoh apabila pergaduhan tercetus akibat pencuci mulut (dessert) yang disediakan untuk tetamu kehabisan.

Insiden tersebut berlaku pada 29 November lalu di sebuah hotel di kampung Bodh Gaya, Bihar, India.

Ia berpunca apabila keluarga pengantin perempuan dikatakan tidak berpuas hati selepas mendapati bekalan rasgulla, iaitu pencuci mulut popular di India, di kaunter makanan telah habis.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di platform X menunjukkan tetamu dari kedua-dua pihak saling membaling kerusi plastik, pinggan mangkuk malah ada yang bertumbuk hingga keadaan dalam dewan kucar-kacir.

Pada ketika itu, keluarga pengantin perempuan menginap di hotel berkenaan manakala saudara-mara pengantin lelaki datang dari kampung berhampiran.

Difahamkan pasangan pengantin masih dalam perjalanan ke dewan majlis ketika insiden berlaku.

Kekecohan itu akhirnya reda selepas beberapa tetamu lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan.

Bagaimanapun, keluarga pengantin perempuan kemudiannya membatalkan majlis dan memfailkan aduan berkaitan mas kahwin terhadap keluarga pengantin lelaki.

Walaupun pihak pengantin lelaki menyatakan kesediaan untuk meneruskan perkahwinan, namun keluarga pengantin perempuan tetap enggan berganjak daripada keputusan mereka. -Agensi

Artikel Lain