suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Waris mengamuk, jasad si mati luka teruk dipercayai kena gigit... Nampak tikus berkeliaran dalam bilik mayat

Jasad disimpan di rumah mayat sebelum proses bedah siasat, pengecaman, atau pengurusan jenazah dilakukan. -Gambar hiasan

SATU insiden mengejutkan berlaku apabila jasad yang disimpan di rumah mayat hospital didapati luka kerana digigit tikus. 

Kejadian yang berlaku di Hospital Daerah Haridwar, India itu mencetuskan kekecohan dan kemarahan keluarga si mati, yang menuntut tindakan segera terhadap pegawai yang bertanggungjawab.

Insiden itu disedari pada pagi Sabtu apabila keluarga Lakhan Sharma, 36, melihat kecederaan mencurigakan pada wajah dan mata mendiang ketika jasadnnya berada di rumah mayat.

Mereka turut melihat beberapa ekor tikus berkeliaran di dalam bilik tersebut dan menyedari bahagian badan mendiang telah digigit.

Situasi itu mencetuskan huru-hara apabila keluarga mendiang mengamuk dan menuntut tindakan segera oleh pihak hospital.

Menurut pegawai hospital, Sharma meninggal dunia akibat serangan jantung pada petang Jumaat.

Keluarganya membawa mayat ke hospital lewat malam yang sama untuk proses bedah siasat.

Namun, bedah siasat tidak dapat dijalankan serta-merta dan terpaksa ditangguhkan ke pagi keesokannya (Sabtu).

Apabila keluarga mendiang kembali pada pagi Sabtu, mereka terkejut mendapati ada luka dalam pada bahagian muka, kepala dan sebelah mata mayat beserta kehadiran tikus di bilik tersebut.

Keluarga mendiang mendakwa bahawa pengurusan keselamatan dan kebersihan di rumah mayat sangat teruk sehingga mayat tidak terpelihara, dan menuntut pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap individu yang cuai. -Agensi

 

Artikel Lain