suria

Keputusan Muet Sesi Mac Diumum Khamis

KUALA LUMPUR: Keputusan Malaysian University English Test (MUET) bagi Sesi Mac tahun 2012 akan dikeluarkan pada Khamis ini, 26 April, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

"Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT <jarak><Nombor Kad Pengenalan> dan hantarkan ke 15888, mulai pukul 12:01 tengah malam 26 April 2012 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM iaitu www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Sementara itu, calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70 dan tarikh tutup rayuan semakan itu ialah pada 3 Mei 2012.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM www.mpm.edu.my.

Bagi calon-calon yang ingin mengambil semula MUET atau memperbaiki keputusan MUET Sesi Mac 2012, mereka boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Sesi Julai 2012 secara dalam talian melalui laman web MPM atau menerusi www.mesp.gov.my/online.

Tarikh tutup pendaftaran pada 3 Mei 2012. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain