suria

PM: Tiada Pembaharuan Lesen Penerbitan, Kerajaan Kaji Akta Mesin Cetak

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghapuskan keperluan pembaharuan tahunan lesen penerbitan menerusi penggubalan rang undang-undang baru bagi menggantikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Selain itu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata kerajaan juga akan menubuhkan Majlis Media yang akan melaksanakan kawal selia kendiri industri.

"Rang Undang-undang baru ini akan mengekalkan janji kerajaan untuk menghapuskan keperluan pembaharuan tahunan lesen penerbitan," katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 untuk bacaan kali ke-2 di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rang undang-undang pindaan bagi akta tersebut siap dibuat dan sedia dibentangkan di Parlimen pada sesi kali ini.

"Pindaan yang dibuat telahpun sedia, saya percaya ia dapat dibentangkan pada sesi kali ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Artikel Lain