Gempa Bumi 8.7 Magnitud Melanda Aceh - Semasa | mStar

Gempa Bumi 8.7 Magnitud Melanda Aceh

PETALING JAYA: Gempa bumi berukuran 8.7 magnitud menggegar Aceh, Sumatera Utara Indonesia pada petang Rabu.

Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia.

Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor pada pukul 4.50 petang.

Beberapa komen yang dipaparkan menerusi Twitter, berkata gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan India.

Pada 26 Disember 2004, gempa bumi kuat pada magnitud 9.1 yang disusuli tsunami memusnahkan sebahagian besar Aceh.

Artikel Sebelum

Gegaran Kedua Dirasai Di Malaysia

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Saya tak kenal wanita itu" - Issey